Monday, 31 October 2011
stok baru
stok handy spender dan sender dah sampai.antenna vr7 dan crystal 101 untuk mobile rig pun ada.accessories spender dan sender juga ada.nk bateri pun ada.
Thursday, 13 October 2011
lama dah
terasa lama sangat aku tak menulis dalam blog nie.agak kesuntukan masa dengan tugasan seharian.
Selain dari itu sibuk juga dengan memenuhi permintaan rakan-rakan dalam menyediakan peralatan mereka. Baru-baru ni samapi sok motorola gp328 dan gp338 yg baru.namun gp338 telah kehabisan stok. sekiranya masih ada yg berminat dengan motorola gp328 masih ada stok dalam simpanan. aku bercadang nak clarkn stok motorola nie..sesiapa yg berminat untuk best price hubungilah aku dengan kadar yg segera.Sekarang nie aku sibuk dgn tugasan belajar..Aku harus menamatkan pngajian dgn kadar segera..hahahaha..berjaya ker?
Selain dari itu sibuk juga dengan memenuhi permintaan rakan-rakan dalam menyediakan peralatan mereka. Baru-baru ni samapi sok motorola gp328 dan gp338 yg baru.namun gp338 telah kehabisan stok. sekiranya masih ada yg berminat dengan motorola gp328 masih ada stok dalam simpanan. aku bercadang nak clarkn stok motorola nie..sesiapa yg berminat untuk best price hubungilah aku dengan kadar yg segera.Sekarang nie aku sibuk dgn tugasan belajar..Aku harus menamatkan pngajian dgn kadar segera..hahahaha..berjaya ker?
Wednesday, 8 June 2011
Saturday, 23 April 2011
KEMANA HALA TUJU RADIO AMATUR DI MALAYSIA?
Kalau kita lihat setiap negeri ada persatuan nya sendiri. Ini suatu yang sama sekali tidak berlaku 20 tahun yang lalu. Ini suatu perkembangan yang baik. Penulis berpendapat Ada dua Persatuan yang besar . Yang semua kalangan radio amatur tanah air tahu iaitu MARTS & ASTRA. Apakah peranan MARTS dan ASTRA? Persatuan yang berpengaruh ini harus mengambil inisiatif kearah menjaga hak-hak Radio Amatur. Jika sekiranya pihak MARTS & ASTRA tidak mengambil langkah-langkah kearah sesuatu yang konkrik bagi menyuarakan sesuatu ke pihak Kementerian atau SKMM maka masa depan Radio Amatur di Negara kita akan malap. Tugas persatuan MARTS Dan ASTRA adalah sebagai mewakili Pengemar Radio Amatur membantu kita semua menyuarakan sesuatu bagi kesejahteraan dan kebaikan ahli-ahli radio amatur. Lain-lain persatuan adalah kecil dan juga ada persatuan yang fungsi nya bukan saperti MARTS dan ASTRA. Persatuan ini mempunyai hala tuju dan objektif mereka tersendiri.
Jika individu menyuarakan sesuatu ke pihak pentadbiran. Sudah pasti ianya tidak diambil perhatian. Jika persatuan lain ..selian dari MARTS/ASTRA membuat sesuatu cadangan kearah kebaikan Radio Amatur ianya tidak mendapat layanan…ini jelas terbukti. Ini bukan cakap-cakap kosong. Amat malang sekali …dan amat kecewa jika dipikirkan…..siapa yang rugi disini…..kita semua. Namun apakan daya persatuan yang berpengaruh tidak menjalankan tugas mereka yang menjadi mangsa adalah kita semua. Mereka-mereka ini sibuk dengan “repeater”, Field Day, Fox Hunting, Majlis Makan, Mega Eye Ball, dll. Aktiviti saperti ini boleh kita lakukan namun jangan lupa tanggung jawab Persatuan ini adalah lebih besar dari itu.
Cukai untuk “Transceiver”di hapuskan pada tahun 1996 sebelum SKMM lagi dan pada ketika itu kita hanya perlu membeli borang Kastam yang harga nya Cuma RM1.00 sahaja tidak ada kos2 lain dikenakan. Namun sungguh malang dan sia-sia sahaja kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang veteran di MARTS satu ketika dulu, dimana pada hari ini sungguhpun kita tidak perlu membayar cukai barangan namun pihak SIRIM mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM60 hingga ke RM180.00
Apa yang perlu dilakukan oleh MARTS & ASTRA?
1. Baru-baru ini ada persatuan yang mengemaskini list yang sudah lapuk itu. Ini satu tindakan yang baik dan harus diberi kepujian. Saya mewakili ham seluruh Negara mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka ini. Pada pendapat penulis adalah lebih baik persatuan berkenaan memohon terus kepada pihak kementerian supaya dihapuskan semua Fees dan mencadangkan hanya yuran RM10 sahaja dikenakan bagi perkhidmatan yang diberikan. Alat Komunikasi tersebut adalah barang kawalan walaupun cukai nya telah dihapuskan namun perlu ada kawalan. Mungkin kita boleh mencadangkan agar dalam boring AP berkenaan di lampirkan salinan AA dan Kad Pengenalan sahaja dan bayaran yang minima sebanyak RM10 atau kurang dari itu, dengan ini ia tidak membebankan pengguna radio amatur.
Orang veteran di MARTS dahulu telah melakukan tugas mereka antaranya membolehkan Radio Amatur menggunakan peralatan Radio Amatur pada Mobile , Mengujudkan Lesen Kelas B, menghapuskan cukai untuk “Transceiver” . Kita harus berterima kasih kepada mereka ini tampa mereka kita tidak akan kecapi apa yang ada pada hari ini. Dan tak akan ujud Lesen kelas B yang ada pada hari ini. Sekarang adalah masa nya kita buat sesuatu. Persatuan harus memohon di hapuskan cukai kepada ANTENNA, ROTATOR, LINEAR AMP, ATU, Aksesori Radia Amatur dll.
2. 60meter band perlu di pohon untuk “experimental” saperti yang dilakukan oleh Negara-negara di Eropah, Amerika dan lain-lain lagi. Ini penting kerana jika 40 meter dan 80 meter tidak boleh berhubung maka band yang di tengah iaitu 60meter adalah satu lagi pilihan ianya baik untuk kegunaan ketika bencana untuk perhubungan jarak 500Km ke 1,000KM.
3. Callsign Allocation perlu diperbetulkan contohnya 9M4 (angka 4) bukanlah untuk repeater atau club station atau untuk alokasi lesen yang baharu akan tetapi ianya adalah untuk “call area” maksudnya angka salepas prefix adalah untuk negeri/state ini yang di praktikan oleh negara2 luar.
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa beberapa tahun yang lalu namun tidak mendapat perhatian sehingga kesaat ini.
4. Fees RM 60 untuk AA harus dihapuskan. Yuran AA kelas A & B perlu dikaji semuala ini kerana di US dan UK Lesen Radio Amatus adalah PERCUMA tak dikenakan apa-apa bayaran.
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak
berkuasa beberapa tahun yang lalu namun tidak mendapat
perhatian sehingga kesaat ini
berkuasa beberapa tahun yang lalu namun tidak mendapat
perhatian sehingga kesaat ini
Perkara diatas perlu mendapat perhatian persatuan-persatuan Radio Amatur yang berpengaruh di Negara kita. Kita harus peka dengan apa yang berlaku di luar sana. Ada banyak perkara yang harus di buat bukan hanya sekadar buat Field Day, Dxing, Fox Hunting dan lain-lain lagi…itu semua harus di teruskan tapi jangan lupa perkara-perkara yang besar harus juga di ketengahkan di pihak pentadbiran persatuan harus ada yang melihat perkara-perkara terkini apa yang berlaku di dunia Amatur.
Harus ada jawatankuasa tertinggi memikirkan tentang polisi dan kemana hala tuju Radio Amatur di negara kita. Apakah kita hanya menunggu apa yang di hidangkan atau kita sendiri yang merencana dengan resepi-resepi yang baru sesuai dengan kehendak zaman dan waktu. Semua persatuan harus ada kesepakatan dalam membendung isu yang berkaitan dengan Polisi Radio Amatur.
Penulis menyeru kepada mereka-mereka yang di beri amanah dan yang bertanggung jawab harus bangun…bangun lah dari tidur anda. Janganlah kita hanya menceritakan perkara-perkara begini di kedai-kedai kopi sahaja lakukan lah sesuatu demi kebaikan semua pihak. Ayuh mari kita semua bersatu kearah satu matlamat hentikan lah dengan memberi alasan…ayuh bangunlah lakukan sesuatu dan seterusnya bekerja kearah mendapatkan keputusan dan bukan nya mencari alasan….
Saturday, 9 April 2011
Simplex Channel Sekitar Lembah Klang
V 17 - 145.2125 Ulu Klang
V 19 - 145.2375 UNITEN Bangi
V 20 - 145.2500 Klang / Seremban
V 20 - 145.2500 Klang / Seremban
V 22 - 145.2750 Nilai / Salak / Sepang
V 24 - 145.3000 Sekinchan
V 25 - 145.3125 Cheras - Pandan - Ampang
V 27 - 145.3375 ???
V 33 - 145.4125 Gombak
V 35 - 145.4375 Kajang - BB Bangi - PutrajayaV 38 - 145.4750 Serdang - Seri Kembangan
V 44 - 145.5500 Shah Alam
V 47 - 145.5875 Alam Damai, CherasV 66 - 147.4950 Semenyih - Beranang
V 25 - 145.3125 Cheras - Pandan - Ampang
V 27 - 145.3375 ???
V 33 - 145.4125 Gombak
V 35 - 145.4375 Kajang - BB Bangi - PutrajayaV 38 - 145.4750 Serdang - Seri Kembangan
V 44 - 145.5500 Shah Alam
V 47 - 145.5875 Alam Damai, CherasV 66 - 147.4950 Semenyih - Beranang
Thursday, 31 March 2011
kedai kecil ku
terdapat juga product2 lain.
sebarang pertanyaan amat dialu-alukan
berminat boleh hubungi saya.
017-2850257.
Sunday, 20 February 2011
tango tango dgn geng rakl
lebih kurang pukul 10 mlm 19/2 dpt panggilan dr 9w2kea ajak pg tango2..maka berjumpa la buat kali pertama dgn geng rakl.9w2zro,9w2llh dan sorang lg yg x ingat nama dia..sori la x bleh ingat memory kecik nie..lama jgak bersembang sampai pukul 3.30 pagi...byk la dapat info teknikal dan info2 terkini mengenai ham radio..terima kasih pada semua yg sudi mengajar kita..
Subscribe to:
Comments (Atom)